This is my 52nd post btw :D
Merdeka kepada semua rakyat jelata. Muahaha. So the 52nd Merdeka is here at last. I think there won't be much celebrations as for the H1N1 cases. Plus, it's puasa month. But I like the documentaries they put up in Astro. So many things we can learn from watching those documentaries. And fun too.
Tanggal tiga puluh satu, Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Dah lama tak nyanyi lagu ni. Well, waktu last day sekolah memang ada Merdeka celebration. But I was absent. So, just sing it in my heart la :)
Sebelum Merdeka, Tanah Melayu sering dijajah. Antara penjajahnya ialah Portugis, British, Jepun dan Komunis. Tetapi semua itu tinggal sejarah. Yang selebihnya terserah kepada pemimpin kita. Semoga dengan kuasa perlantikannya, beliau bertekad untuk buat yang terbaik demi Malaysia serta rakyatnya.
Terima kasih kepada pahlawan-pahlawan negara, pemimpin yang terdahulu, pemberontak penjajah dan semua yang menyokong kemerdekaan negara.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka di depan khalayak ramai pada 1957. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungannya bergema di seluruh jiwa penduduk Tanah Melayu. Ini barulah semangat kan? Haha
Penduduk Tanah Melayu dahulu tidak habis-habis dijatuhkan oleh penjajah. Penduduk Malaysia masa kini tidak habis-habis hilang maruah kerana perbuatan sendiri. Setuju?
Merdeka. Kita mungkin telah Merdeka daripada penjajah. Tetapi sudahkah kita Merdeka dari diri kita sendiri? Dari keburukan dan kejahatan yang kita lakukan. Dari segi tingkah laku dan sahsiah diri. Dari semua aspek yang membentuk seorang insan jati. Apakah kita benar-benar telah Merdeka?
-Anonymous-
No comments:
Post a Comment