You are given a token of gratitude for stopping by

EVERYONE IS AWESOME, I WONDER IF THEY EVER THINK I AM TOO?
And yeah I used rojak language, so you might not want to read this

Masamasinmanispahit #2

Aku sentap. Lagi sekali. Lepas ni kalau susah, jangan cari aku.


Hari ini agak down pasal kawan (lagi) and exam. English dapat B+ tapi dapat diupgrade menjadi A-. Aku masih tidak puas hati. Bahasa Malaysia, markah kertas 2 aku sangat menggerukan. Sumpah aku taknak dapat B, C, D, E atau G. Aku nak A. A- pun jadi. 


Tapi aku up jugak :D Sejarah dapat A- (jadilah) Timbul rasa bangga kerana berjaya mengorak langkah pelajar lain yang dapat soalan bocor. Walaupun aku dapat tapi pada pagi exam so apa guna pun kan? At least aku jujur dan itu membuktikan aku sudah bersedia lebih drpd pelajar lain yg mendapat soalan bocor itu.
Papa: Memanglah dah diorang bergantung kat tips


Biology? Ingat tak last post aku? Aku nak sgt A. Berkat usaha, tungkus-lumus, doa dan rezeki Allah akhirnya matlamat aku tercapai. 86 banyak perbezaan berbanding 65. Aku bangga tapi aku tidak over-confident. TIDAK MUNGKIN AKAN! Aku masih takut dengan Biology T.T Bayang-bayang dia menghantui aku setiap kali aku mengunjungi tusyen MENORA untuk mendapatkan ilmu Biology drpd Cikgu Wan. Aku bersyukur usaha aku stay up sampai sahur telah membuahkan hasil yg berkali ganda better than before :) Saya sayang Allah, CIkgu Wan dan diri sendiri. Ambik kasih so much sir!
Mama: Terror kakak. Jadi Biologist la! -inilah impian aku sebelum zoologist dan veteranian yg semuanya sebelum aku tau Bio merangkumi begitu banyak benda '--


Trial dah lama berakhir tapi kami belum terima semua kertas lagi. Hantu markah Agama, Bahasa Malaysia dan Physics sedang berlegar-legar dalam kepala otak aku. Aku takut namun aku harus gagah -macam nak pergi berperanglah pulak


Aku promise kat diri-sendiri, nak start study minggu ni. Tapi hati tak bagi. Orang cakap ikut hati binasa, tp aku sedang senang-lenang lepak-lepak mamai-mamai berangau-angauan dengan cita-cita bodoh aku. Ok lah bukan bodoh. Merepek. Sangat merepek. Terlampau merepek! Semuanya pasal Neopets and komik Caramel Theater. Aku mula berangan nak jadi broker. Broker apa aku taktau. Tapi taknak aku deal dengan menteri semua tu. Tak pasal-pasal mati kena bom c4 pulak bhaha. Aku pun teringin nak invest awal-awal. Zaman muda haha. Lepas dengar sorg penceramah cakap harga tanah dalam masa ktorg dah kerja mungkin melonjak 5, 6 kali ganda lebih. And teruknya, gaji tetap sama. Mama sokong hehe. Boleh buat pinjaman. And Mama ckp sebelum kerja dia akan tolong sikit. Makin bersemangatlah anak seniwati ini!


Aku sedang cuba untuk tidak mempedulikan perkara jahanam yang dilakukan sahabat ke atas diri aku dan sahabat lain yang layak menerima gelaran 'sahabat' dalam hidup aku. Ya, persetankan.

Masammasinmanispahit #1

Hari ni start sekolah dah wuu T.T I woke up a bit late haha.
School, as usual, which means nothing change, which means the same envi. people and things to do, which means boring, which means pressure. Okay!

Soo, today hmm. Apa yg special eh?
Dapat paper Add Math and Biology yeeehaa. Add Math okay laa for some one -like me- yg study the night before exam (Gila) For Bio we only got Paper 1 and Paper 3. Hmm Paper 1 is superduperfantastic and kiranya dah lulus la -for someone who reallyyy studied last minute. Paper 3 pun okayy la walaupun dapat dalam 30 something over 50 hehe. Again, okay la for some one yg study last minute aite? Hee. But I want an A for Bioooo. A- pun takpe la janji A. The night before exam tu mmg pulun habis2 smp tak tidur because I was so scared! A pleasee, Allah?


Makan nasi lemak after craving or it since Raya in Terengganu. Sedaaap.
Merepek dgn kawan-kawan mcm biasa la
Disakitkan hati mcm biasa lagii
And, ngantuk!


Malam semalam pukul 2 baru tidur. Why? Bergossip! Dgn siapa? Adik perempuan! Pasal siapa? Kawan-kawan! Hehe. Senang ckp ktorg saling mengutuk kawan-kawan yg ktorg tak suke. And paling happy sekali dlm duniaaa, rupa-rupanuya si Syauqina tu tak suka kawan aku yg aku tak suka jugak! Kasi high five sikit sama kakak. Kenapa dia tak suka? Generally, gedik muahaha. Bila aku cerita makin dalam, yeah makan dia tak suka. So aku pun ckp laa "Igtkn Kina suka gila kat deorg" -mcm biasa. And dibalas "Eii, mana ada!" Aku pun cerita mlm sebelum tu aku nangis sbb tension pasal kawan yg binasa tu. Dia pun cerita2 la smp ckp dia nk bunuh sorg kawan tu wahaha.


P/S: Dia ckp Miera comel and baik haha. Segan silu merah pipi Miera mendengarnya :D


Kawan, I wonder why la korang ni. Dulu korang selalu kutuk sesame korang kat aku, sekarang ni aiiih bagai aur dgn tebing, bagai isi dengan kuku! Aku pulak korang layan macam habis madu sepah dibuang. Korang mmg kacang lupakan kulit. Pastu pakat cari populariti murahan padahal ramai je tak suka korang hehe. Bak kata aku, macam anjing dengan bayang-bayangnya. Korang memang indah khabar dari rupa bhaiii -praktis ayat 'sedap' untuk exam BM jadi harap maaf kalau metafora melampau-lampau

Back Home

Dah sampai di Ipoh

Raya syok tak macam aku jangka :)

Duit raya pun bertimbun dah ni. Balik-balik ada tersedia 3 angpau from Aunty Noni, Aunty Tie and Uncle Fifie. Thanks all :)

Hari ini sebelum aku bertolak dr Terengganu aku menjamah 3 mangkuk bubur lampuk special original Terengganu punya, 3 mangkuk lontong, semangkuk soto and sepinggan nasi Arab. Pastu otw sempat singgah Brinchang jamah pulak strawberry celup coklat, sayur and cendawan goreng tepung, strawberry milkshake and lampung ayam. Bertambah berat la niii


HARI RAYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yg beragama Islam :)
Maaf zahir batin

Semoga korang telah banyakkan pahala pada bulan Ramadhan yg berlangsung. Sayu je hari last terawih. Lepas terawih ktorg buat 'majlis' katam Quran untuk mama hehe. Ada la tadarus al-Quran. Feeling je baca Quran malam-malam tu. Tak sabar nak tunggu Ramadhan tahun depan.

Sehari sebelum raya ktorg bertolak ke Kuala Terengganu. Before tu hantar Jebat kat klinik. Sy rindu diaaa. Dalam pukul 12 bertolak and sampai dlm 6.30. Sempat berhenti kat tempat err Gajah? Taktau la apa nama tempat tu tp kat area Tasik Kenyir. Sampai-sampai rumah toknong, malam tu bukak puasa beraneka lauk! Siap ada kasidah, sata, pulut lepa, tapai, kutub ayam. Heaven gila haha.

Syawal dah tiba, aku nak kutip pahala lagi hehe. Plan nak buat puasa enam tp entah jd entah tak hehe. Sambil-sambil tu kutip duit jugak laa wee. Sini best, dah besar pun still dapat duit raya. Yg specialnya, makin tua makin banyak duit yg dibagi! Tak pernah deorg bg alasan "Km dah besar" hee

Hari ni, second day raya baru la berjalan. Pergi visit family belah Mama. Makan nasik air a.k.a kanji. Dua mangkuk habis hehe. Time kat rumah Tok Mi apa lg, jelajah la halaman rumah tu. Tengok burung-burung yg dia bela. Ada la dlm 30 ekor. Pastu tengok ayam tgh mengeram hehe. Papa pulak panjat pokok duku. Yg paling syoknya ada satu pokok ni ada bijik benih yg ada gambar heart putih. Comel hee. Nnt la upload gmbrnye.

Sekarang tgh online kat rumah Mak Temah. Tgh tolong-tolong sbb esok ada kenduri kahwin Abg Ju -takat tlg isi jelly dlm plastic je hehe. Pastu Mak Temah masak td prgh kenyang la. Dah berapa hari tak dapat nasik putih. Dua pinggan habis. Buat muka tak malu je makan bnyk2 hee. Smp Ami Ali ckp "Ika ratah tu!" Papa pulak 'ditugaskan' untuk menyumbangkan tulisan kaligrafinya utk buat penunjuk arah.

Selasa nnt balik Ipoh, kalau sempat nak singgah Cameron. Rindu air strawberi ngan kek, scone and segala apa lg T.T

Rindu

Sy rindu Kem K3P kat Terengganu tahun lepaaaas :(
  • Sy rindu X-Ray
  • Sy rindu Syed
  • Sy rindu Afik
  • Sy rindu Syera
  • Sy rindu Izzat
  • Sy rindu Nicholas
  • Sy rindu Hadi
  • Sy rindu Amirah
  • Sy rindu Abg Meow -lg sekali,lupa nama '--
  • Sy rindu Shima
  • Sy rindu Adzira
  • Sy rindu Hotel Primula
  • Sy rindu Muzium Terengganu
  • Sy rindu pantaiii
  • Sy rindu bilik 123 (kan?)
Kawan kawaaaan, sy rindu awak semua. Still rmmbr me tak? I know Syed, Afik, Izzat and Amirah mesti ingat punye kaaaan? Kalau tak nape contact bhaha ^^

Weh korg punya trial SPM and PMR aritu camne eh? Nnt jum exchange paper
Tahun depan kalau masuk U or kolej sama jgn tak tegur pulak (angan2)

Perkara Bulan Ogos hingga hari semalam

Wahaha Happy 53rd Merdeka! Sila klik -remember it's 53rd not 52nd
Maaf sy malas nak 'komen' apa2 tentang merdeka haha

Hmm nak blog pasal apa eh kali ni? Zalikha sudah menyuruh2 sy berblog. Katanya blog sy menarik wahaha! xD Meh nak cite sikit about the things happened in school.

First of all, tau tak team hoki SMK Convent Ipoh telah memenangi tempat ke-3 untuk Kejohanan Hoki Premier? Weeheee!

Keputusan:
SMK Convent 1 - 0 TMGS Taiping
SMK Convent 1 - 3 Raja Perempuan Kelsom
SMK Convent 3 - 1 Convent Teluk Intan

Ni lah time match last ktorg, bersemangat!

Kami pun berkesempatanlah menghadiri majlis penutupan di SMK Anderson
Tengoklah betapa gembiranya kami semua :D

Nak tgk lg gambar2 klik sini or sini ;D


Secondly, Perak dah lepas dah Trial SPM wee (wuuu) Kena study untuk SPM pulaaaaak. Jom kt survey subjek SPM.

Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris - Habiskan baca buku novel and komsas
Mathematics - Buat banyak latihan
Add Math - Ini, masyallaaaah rasanya subjek science pun lg better -so kena cari private tutor for free muahaha
Sejarah and Bio - Baca and buat nota
Agama - Baca and hafal ayat hafazan
Chemistry - Salin nota ringkas from net and hafal colour, products etc etc
Physics - Lengkapkan buku defination & formula and buat banyak latihan

So, bila nak start? Minggu ni? Naaaah. After raya? Naaaaah! Ok la about a week or two weeks after raya wee ^^
*dush! - kena tumbuk dgn Jebat sambil berkata "Tuan ni tak guna! Teruk! Tak pernah nak usaha betul2! Mcm ni siapa nak jaga sy? Bila sedih, sy jugak yg susah kena teman tuan tidur! Sy yg sedih tgk tuan menangis! PERGI STUDY SEKARANG OR ELSE"
"Wookeeeyyy !" -lari sepantas kilat duduk depan meja wahaha (kakandaaa, jgn gigit adinda)
Ahhh comelnya Jebat :3

Jd sy pun buat keputusan untuk study seminggu lepas raya. Jebat pun setuju sebab minggu ni masih berpuasa and seminggu raya tu nak raya la, takkan terperuk dlm bilik mengadap buku je kan?

Ada lg story. Time trial punya story lah ni. Wait nak tanya dulu. Apa perasaan korg kalau ada kawan korg yg ada tips, soalan trial yg sebijik gila babeng tp taknak share and bila ditanya cakap taktau? Tp bila tny soalan yg ada boleh je jawab padahal sebelum ni benda senang pun tak boleh jawab fail je memanjang? Apa korg rasa?

For me la kan, kawan camni selfish tahap ikan busuk yg dah reput berulat2 tu haa. Come on la bhaii, kawan sendiri pun kau camni. Apahal? Pastu nak bising tak dapat tips from org lain. Haiii **** betul la. Of course la kena ada give & take takkan memanjang je org nak give kat kau? Nampak sgt la beliau ni nak up sorg2 dpt A sorg but i doubt it pun. Kalau dpt pun cikgu takdela bodoh taktau korg dpt tips yg gila babeng sebijik dgn soalan tu dah tetiba drpd gred D naik A kan? Haa sentap tak? Peduli apa wahaha.

Nak up sorang-sorang? Dipersilakan. Aku tak kisah aku bukan kelas kau pun so maybe la kt tak rapat mana sbb tu kau kedek. Dengan kawan sekelas dgn kawan susah senang sgn kawan since sekolah rendah pun nak kedek aku mmg panas la. Pulak tu kawan baik aku yg kena. Dgr cite time Mid Year dulu pun gitu eh? Yeke? Takpela sabar jela eh kawan-kawan. Korg study hard and smart je okay. Ingat, time SPM takde tips smp begitu sekali. Kalau ada pun, pergi mampus Allah tau korg menipu. Rilek bhai, kat dunia tak berjaya insyallah tuhan bg rezeki banyak kat akhirat. Jgnla tamak haloba sgt.


Lastly, semalam pergi berbuka kat luar seronok! Walaupun muak makan Mcd and saya dah pecah boikot wuuu T.T Sambung balik haha. Jd pening2 and tak tentu hala lepas minum coke. Badan dah benci coke kut wahaha. Semalam berbuka dgn kawan-kawan yg hebat -Zalikha, Maslaily, Sheera, Rith, Fina, Iman and 2 pakcik handsome Cikgu Wan & Cikgu Seyn. Lepas tu main gameeeeee :D Lame dah tak main. Betul2 enjoy lepas almost a month terperuk kat rumah. Thanks cikgu kerana membelanja kami bermain game

Malam itu ada abang handsome, Mohd Jayzuan hinggap di rumah. Akhirnya bertandatangan juga buku comel saya.

Lagi 4 hari nak raya and akan balik ke Terengganu Khamis iniii. Jd,

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yg Mulia
Maaf Zahir Batin.

Ckp pasal raya, ada dapat kad from Racheal and Syefah.
Syefah, sy sgt suka apa yg anda tulis hehe. Tp apa ilmu yg sy bg? Wahaha. Apa2 pun semua kesalahan dimaafkan -ada ke pun? and semua benda dihalalkan :) Lagi satu, sebelum tulis tgk sy lg sekali, tak sama langsung dgn apa yg anda tulis itu huhu ^^ Love you <3