You are given a token of gratitude for stopping by

EVERYONE IS AWESOME, I WONDER IF THEY EVER THINK I AM TOO?
And yeah I used rojak language, so you might not want to read this

Masamasinmanispahit #2

Aku sentap. Lagi sekali. Lepas ni kalau susah, jangan cari aku.


Hari ini agak down pasal kawan (lagi) and exam. English dapat B+ tapi dapat diupgrade menjadi A-. Aku masih tidak puas hati. Bahasa Malaysia, markah kertas 2 aku sangat menggerukan. Sumpah aku taknak dapat B, C, D, E atau G. Aku nak A. A- pun jadi. 


Tapi aku up jugak :D Sejarah dapat A- (jadilah) Timbul rasa bangga kerana berjaya mengorak langkah pelajar lain yang dapat soalan bocor. Walaupun aku dapat tapi pada pagi exam so apa guna pun kan? At least aku jujur dan itu membuktikan aku sudah bersedia lebih drpd pelajar lain yg mendapat soalan bocor itu.
Papa: Memanglah dah diorang bergantung kat tips


Biology? Ingat tak last post aku? Aku nak sgt A. Berkat usaha, tungkus-lumus, doa dan rezeki Allah akhirnya matlamat aku tercapai. 86 banyak perbezaan berbanding 65. Aku bangga tapi aku tidak over-confident. TIDAK MUNGKIN AKAN! Aku masih takut dengan Biology T.T Bayang-bayang dia menghantui aku setiap kali aku mengunjungi tusyen MENORA untuk mendapatkan ilmu Biology drpd Cikgu Wan. Aku bersyukur usaha aku stay up sampai sahur telah membuahkan hasil yg berkali ganda better than before :) Saya sayang Allah, CIkgu Wan dan diri sendiri. Ambik kasih so much sir!
Mama: Terror kakak. Jadi Biologist la! -inilah impian aku sebelum zoologist dan veteranian yg semuanya sebelum aku tau Bio merangkumi begitu banyak benda '--


Trial dah lama berakhir tapi kami belum terima semua kertas lagi. Hantu markah Agama, Bahasa Malaysia dan Physics sedang berlegar-legar dalam kepala otak aku. Aku takut namun aku harus gagah -macam nak pergi berperanglah pulak


Aku promise kat diri-sendiri, nak start study minggu ni. Tapi hati tak bagi. Orang cakap ikut hati binasa, tp aku sedang senang-lenang lepak-lepak mamai-mamai berangau-angauan dengan cita-cita bodoh aku. Ok lah bukan bodoh. Merepek. Sangat merepek. Terlampau merepek! Semuanya pasal Neopets and komik Caramel Theater. Aku mula berangan nak jadi broker. Broker apa aku taktau. Tapi taknak aku deal dengan menteri semua tu. Tak pasal-pasal mati kena bom c4 pulak bhaha. Aku pun teringin nak invest awal-awal. Zaman muda haha. Lepas dengar sorg penceramah cakap harga tanah dalam masa ktorg dah kerja mungkin melonjak 5, 6 kali ganda lebih. And teruknya, gaji tetap sama. Mama sokong hehe. Boleh buat pinjaman. And Mama ckp sebelum kerja dia akan tolong sikit. Makin bersemangatlah anak seniwati ini!


Aku sedang cuba untuk tidak mempedulikan perkara jahanam yang dilakukan sahabat ke atas diri aku dan sahabat lain yang layak menerima gelaran 'sahabat' dalam hidup aku. Ya, persetankan.

4 comments:

Anonymous said...

keep ur momentum... dan seperti biasa, per-SETAN-kan apa-apa yg ptut. rmmber the "F" letter dat i gve u? use it "wisely" hahahahaha

Shahirah said...

nice one baby

Epah said...

rmmbr sbb epah bwak letter tu pergi merate2 nd of course i will use it very veryyy 'wisely' muahahaha
thanks sheera :)

Madu said...

Im proud of your marks darling :)
Biarlah mereka yang mengenepikan kite. susah susah dulu kan ? :D