21 March 2011, Isnin
Hari ini aku bangun awal, aku keluar, melaksanakan tugas
Lewat tengah hari, matahari terpacak, aku pulang
Siap bersalin, aku ke luar untuk menjenguk engkau
Mahu bagi kau susu, mandikan kau
Mana kamu ni?
Eh, baring pulak.
Eh, damn, shit man, apa ni?
Engkau terlentang, terbaring
Di dalam kotak najis hijau seperti keranda
"Jebat. Jebat. Jebat"
Aku masih tak berputus asa
Namun, Allah lebih menyayanginya
Tengah hari itu, matahari terpacak di atas kepala
Kau dibungkus, di ucap selamat tinggal
Diiringi azan Zohor
Diikuti hujan gerimis
Hujan, menangisi pemergianmu
Begitu juga aku, kami, kawanmu Tuah
Namun kami bersyukur
Engkau sudah terlepas daripada seksaan dunia
Engkau takkan diseksa di akhirat jua
Rest in peace my awesome friend
A hero in our heart
He died because of a type of fungus infection which is cancerous. From now on, I shall hate all fungus even though yeast made my bread.
Buat semua yg mengalami perkara sebegini, usah sedih gusar risau menangis smp mata buta, semua tu takkan selesaikan masalah. Yg pergi tetap pergi takkan kembali. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
No comments:
Post a Comment